Entah apa mimpi Boss ajak TT malam nih. Tak pasal-pasal teman kena create blogspot ni.
Gambor-gambor kat bawah nih teman ambik sebab nak rakam saat bersejarah bilamana blog "OmuroNet" diilhamkan dan diaktifkan.
Harap-harap yang bagi idea pun buleh lah kemaskinikan blog nih dari masa ke semasa dan dihindari dari komen merapu-rapu.
Setiap post akan diforward ke omuronet@yahoogroups.com untuk beri peluang kepada yang tidak ada internet access tapi ada email, dan berdaftar di YG tersebut. Contoh nya macam email yang sedang anda baca ni.
Kalau ada sesiapa yang mempunyai bakat terpendam sebagai penulis atau berminat untuk jadi penulis (author) di blog ini, sila email ke YG atau cakap je kat teman. Mesti approve punya.
Malam tu yang berjaya menghadirkan diri adalah Boss, Bang Mus, Jep, Dollah, Zamri (siap bawak konvoi) dan teman. Kepada yang lain kalau mahu gambor anda (yang senonoh) masuk internet, rajin-rajin ler join.
Wassalam.